Tuesday, June 27, 2006

test.test

Kosong. Terasa kekosongan yang cukup memedihkan. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang dirasai oleh hamba allah yang dinamakan manusia. Walaupun diberikan rezeki yang cukup dan anggota keluarga yang semua sihat-sihat, perasaan sedih tetap menghantui, seperti bayang-bayang yang mengekori hingga ke malam hari. Kadang kala, terasa seperti orang-orang yang miskin, yang terpaksa hidup di jalanan, yang ditimpa bencana, lebih beruntung dari kita. Mereka telah melalui dugaan Allah dan kesyukuran yang dipanjatkan kepada Allah adalah lebih ikhlas dan lebih...it really comes from the heart. Adakah ucapan syukur kita sama atau setanding dengan mereka? Allah saja yang tahu.

Harta dunia takkan boleh dibawa mati tetapi kenapa kita tetap harus mencari dan terus mendapatkannya? Tak boleh dinafikan bahawa status quo zaman sekarang lebih condong ke arah harta kekayaan untuk menjadi orang yang berjaya dan disegani. Tetapi adakah itu yang diinginkan oleh hamba Allah ini? Apakah matlamat hidup dan apakah yang diidamkan? Hamba Allah ini masih dalam kebingungan, seperti hilang arah tujuan.

Apa yang dapat dikatakan ialah hamba Allah ini cuma mahukan ketenangan hati dan kegembiraan. Itu saja yang diidamkan. Walaupun kadang kala pandangan dikaburkan oleh harta(kerana tidak ada manusia yang sempurna) ia tidak dapat menjamin bahawa kita akan bahagia untuk selamanya.

Disini, hamba Allah ingin sedekahkan alfatehah untuk arwah nenek Hajah Dinah. Semoga rohnya dirahmati Allah. You will never be forgotten nek, we miss you soo much.


P.s: Trying to write in malay since its the malay writing week or something, or was it last week? Anyway, i cant help it, its turned out like a sajak or puisi. So, it will be almost 5 years since nenek left us (her death anniversary will be in a few days time). Maybe that's why im feeling an overwhelming sense of emptiness, loss and sadness.

No comments: