Saturday, August 30, 2008

antara brokoli dan bunga kubis

Entah kenapa, aku betul2 tak suka makan brokoli. Tapi, aku suka makan bunga kubis (cauliflower) pulak. Kelakar kan? Mak cakap kedua2 sayur ni satu famili, tapi aku memang tak suka. Mungkin sebab penampilan brokoli macam green bushes (semak?), jadi otak aku selalu terbayangkan green bushes bila mak masak lauk yang ada brokoli.

Kelip Kelip Ku Sangka Api (Malek Ridzuan)
Tiap hari melintas di sini
Kuharapkan dapat memandang mu
Sayangnya engkau persis tak peduli
Akulah seorang merindu

Jeling jeling kau tidak berpaling
Senyum diberi tiada balasan
Sikapmu sayang membuatku rungsing
Ku turut hati merana badan

( korus )
Berakit berakitlah ke hulu
Berenang renang ku ketepian
Bersakit biarku sakit dahulu
Bersenang denganmu kemudian

Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga

Ini adalah salah satu dari lagu kegemaran aku dalam senarai lagu-lagu melayu lama. Aku mengaku, aku suka lagu ghazal, melayu asli, lagu zaman 60-70an dan juga dangdut (paling favorit lagu secangkir madu merah). Tapi bahasa melayu aku makin teruk sekarang. Percaya tak, aku kena fikir selama lima minit untuk translate kan perkataan list ke senarai. Haiz...... HANCUR!!!!!

When i was young, i always thought that Malek Ridzuan's voice was so hot and macho. Well, it still is to me...heeeee...cair aku dengar lagu 'Cukup sampai di sini sayang'. Ahhh, im in my oldies mode today...weeeee.....

Friday, August 29, 2008

Money cant buy you happiness

Ya, aku setuju seratus peratus dengan ungkapan yang sudah sebati dalam hidup kita ini. Kau takkan jumpa sekotak 'kegembiraan' atas rak-rak di NTUC ataupun sheng siong. Dan aci di kedai mamak tu pun takkan bagi kau sedolar/sepaket 'bahagia'. Dia bagi penampar adalah.

Tetapi aku nak tanya sikit,

1) Sedih tak kau kalau bila nak pergi kerja, kau kene korek tabung yang penuh dengan duit sen, untuk tambang pergi balik tempat kerja? Sebab ezlink da kosong dan sekarang ni akhir bulan, tau tau jelah kan....

2) Sedih tak kau bila hari-hari balik rumah, mereka tak masak lauk dengan alasan tak ada apa2 dalam peti sejuk (padahal ade sardin tin dan ikan)

3) Bingit tak kau bila orang tu asyik nak pinjam $20, dan bila kau cakap takde duit, dia pulak yang bingit dan mula membebel, mengungkit dan yang sewaktu dengannya.

Ya, aku tau, orang lain lagi teruk, tapi aku tengah bosan gaji aku belum masuk dan backlog aku masih banyak. Dan nampaknya bulan ni aku kene bayar mak lebih sikit, duit dental, duit doktor, duit keje, duit ezlink, tsk, tsk, tsk...

Kenapa bila takde duit, aku tersangatlah lapar dan nak makan macam2 benda, tapi bila ada duit, tak makan pun tak kisah sebab aku tau duit ada pat tangan.

update- GAJI DA MASUK!!!!!!!!!!!!!!!!! YAYYYYY!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 26, 2008

aku menyesal.

Terus terang aku katakan, memang menyesal tak jaga gigi betul2. Disebabkan kecuaian aku, aku terpaksa pergi cuci gigi (dalam erti kata cuci, teeth cleaning). Melayang lah $120 aku yang boleh digunakan untuk naik teksi bila malas nak naik mrt. Bila aku baring atas cushion plastic tu, terbayang-bayang mimpi yang satu tu. Mimpi yang cukup sadis dan mengerikan. Aku tak nak tulis pat sini, seram seh. Dan mimpi yang lagi satu pun menjelma, yang aku tengah menadah tangan penuh dengan gigi aku sendiri. Eiih.

Sudah nak dekat seminggu lebih dah nie, aku floss dan berus gigi 2 kali setiap hari. Memang paranoid tau tak. Tapi bengkak pat gaham sebelah kiri masih ada dan gusi aku masih belum kuat lagi. Aku tak boleh makan nasi, makan bubur jer, sudah nak dekat seminggu aku makan BUBUR. Macam orang tua tak ada gigi seh. Kau tau tak betapa seksanya tak dapat kunyah makanan betul2?? Tidak kan?

Aku rasa macam hidup ni sudah gelap. Yelah, walaupun aku makan sekali saja sehari, tapi batin aku terseksa. Its like a psychological thingy. I want to eat that but i know very damn well that i wont be able to chew it let alone swallow it. Dan aku takut nak makan cokelat, seksa tau nak floss bila gusi masih sensitive. Nasib, nasib.

Apapun, aku rasa sedikit seronok sebab minggu depan bulan Ramadhan, bulan puasa. Malam semalam, kita berlima dengan penuh semangat berbincang tentang kuih apa yang hendak dibuat. In the end, Kuih makmur dengan Kuih suji saja. Aku nak buat kuih semprit, mak cakap dia tak sanggup nak buat. Sedih. Tahun ni kita nak cat rumah, maaf, salah, AKU nak cat rumah. Nampaknya, aku jugaklah kena beli cat pakai duit sendiri. Almaklumlah, ada orang tu sememangnya al bakhil bin kedekut.

Monday, August 18, 2008

memang sakit pun

Aku baru sahaja habis mengemop(is this even a word) lantai ofis. Sesuatu yang aku jarang buat di rumah, melainkan kalau 'the old man' yang suruh, itupun bila dia tengah bingit sakan sebab anak2 perempuan dia malas nak mop rumah. Sebelum tu, aku lap meja2, komputer, kabinet2 yang habuknya boleh tahan jugaklah tebalnya, macam foundation pat muka adik aku no.2. Benda-benda yang tak sepatutnya ada pat studio ni, aku sembunyikan balik dalam store kat belakang. Tapi store tu sudah nak dekat tahap jadi tongkang pecah. Eleh, buat bodoh sua..

Apa? Kau cakap aku rajin? Besok mak tiri(boss) aku balik da, kelam kabut lah aku, terus jadi Maria sekejap. Kalau tak tau siapa Maria, boleh blah. haha.

Semalam aku dipaksa pergi jumpa doktor, memang betul aku sakit. Sakit angau, haha. Malam sabtu tidur aku tak lenyak, sekejap panas, sekejap sejuk. Tak terkira berapa banyak kali aku bangun untuk bukak dan pakai jaket. Rupa-rupanya mak pun tak dapat tidur pasal aku. Jadi pukul 6 lebih dia kejutkan aku yang tidur2 ayam, macam ayam jugaklah posisi tidur aku, dia nak taruk tuala basah pat dahi aku. Ish, aku rasa macam budak 5 tahun pulak. Da besar tua bangka pun mak tolong jelumkan dahi. Aku tak taulah perkataan jelum ni betul ke tak.

Kita pun melawatlah klinik privet yang bersebelahan 7/11 tu. Memandangkan semalam hari minggu, tak banyak orang yang sakit. Aku terfikir sejenak, "apekebendenye pergi doktor hari minggu, bukannye bole dapat mc?" tetapi bila teringatkan muka mak yang penat tu, aku tak jadi lah nak balik rumah. Biasalah, bila masuk bilik doktor akan tanya sakit apa, blah, blah. Suhu badan aku panas giler, boleh goreng nugget dengan hotdog pat dahi aku. Aku belum cuba lagi tapi kalau kau demam panas kau cuba lah. Kol aku kalau misi ni sukses.

Bila dia periksa tekak aku, dia cakap banyak ulcer, bukan saja pat tepi gusi tapi pat tekak jugak. Patutlah sejak hari khamis aku rasa tekak aku pedih giler. Lepas tu, dia tanya aku soalan yang pada aku teramatlah cute sangat.

"Eh, ada ulcer pat tekak awak, tak nampak ke?"

Oi, encik doktor, saya tak ada mata dalam tekak, tolong jangan tanya soalan pandai. Lepas tu dia suruh minum air banyak2 dan kalau sakit2 sendi, datang balik ke klinik, takut demam denggi dah. Mak bilang aku yang doktor tulah yang periksa adik no.2 beberapa bulan yang lepas, agaknya semalam dia tak gaduh dengan bini dia tak? Sebab tu dia baik sangat.

Kadang2 aku terfikir sekejap, english aku ni teruk sangat ke atau aku berbual cepat sangat? Bila aku bilang drebar teksi destinasi yang hendak dituju pagi tadi, orang tua yang sudah separuh abad tu tanya balik kat aku..

"ahh?? dhoby ghaut??"

Aku hairan, The Bayshore dengan Dhoby Ghaut tu sama ke bunyi dia?

Saturday, August 16, 2008

think i need to go for checkup

am i just paranoid or do i really need to go for full check up?

i've been having stiff neck and shoulders, swollen gums and waist pain, all on the right side of my body since Thursday. And this morning, i woke up to a giant of a migraine on the right side again, throat was burning and i felt feverish. Mum said its the heat and that im stressed out. Thank god for panadol, im feeling better now, a bit only.

What if eh? dengue fever? nope, the places i've been are only office and home, and these are the driest places on earth. Whatever, I just hope it'll go away, im soo exhausted because of it. Note to self: need to eat more fruits and veges, tadi susah nak buang air due to my diet which only consists of plain rice, spicy nuggets, sambal belacan and instant noodles this whole week. No wonder im not growing, both horizontally and vertically.

I wish people would stop asking about it. Its getting tiring answering them. And i dont need to write what they're asking since we very well know what it is.

Ahh, gossip for awhile here. The chickadees (3rd and 4th sis) said that 2nd sis has a boyfriend. Main reason is that die slalu tak kasi dorang tengok hp die, she will show them the pictures herself. But 4th sis saw her Bf's pix as the background pix for her hp. Haha, i knew it all along lah. Remember the time i waited for almost 1 n half hours at Arab street for her just cos her 'friend' who wanted to follow was late. When they reached, they were in pairs, the other pair went to eat while this 'friend' followed my sis and I to send the baju to tailor. Her 'friend' was this tall, dark bespectacled boy. Not really handsome as what 3rd sis says. I guess we had high expectations of her choice of boyfriend.

I joked with the chickadees saying that they have boyfriends as well but them being lurus bendul, confessed that they dont. haiz, bengap seh adik2 aku.

Thursday, August 14, 2008

hajimemashite means..

its a pleasure to meet you(i think)..it has no relation whatsoever to what im about to blog on, just that i love this word. It rolls off your tongue..i loike. Anyway, I have completed watching Couple or trouble and Gora. Now im left with Nabari No Ou, Shugo Chara and what else ar..oh yeah, Antique Bakery. Gelak seh anime nie, cos the patissier is a gay..hehehe..
By the way, the wedding was a success. but i tell you from Thursday till Friday, i was working non stop, tolong masak, running errands, angkat periuk full of lauk,etc,etc. Sometimes it feels like im a boy instead of a girl. Thursday pulak aku kene fix the sink pipe, beruk siol the screw pecah and then abis cabinet pat bawah sink penuh air..can you just imagine the smell...sheesh, macam nak nangis seh..
In conclusion, sedih jugak ar bile my abang sedare nak pegi the girl's side, kak mic was crying away, of course lah, her only brother mah and he's gonna live with the girl's family, sape tak sedih kan? but my nasihat is, unless ade banyak kakitangan, jangan masak untuk hari nikah,just order from tukang masak, PENAT WOR!!!!! And im disappointed with some of my girl cousins who didnt put much effort in helping out. Gasak lah eh, bile mak die takde and bile die kene buat keje kawin macam nie, i wanna see die bleh tahan ke tak. I mean you cant forever depend on your mum kan?? Haiz, some people just never grow up.
So, the below are pix of the wedding and also of the Singapore garden festival, lembab siot blogger ngan photobucket nak load page, klau tak da byk lagi gambar aku upload.
our gummy smile
mak tak sempat nak pose
i love this!!
and this one as well!!
hmmmmm
penuh seh pelamin.

yeah, i look like i havent showered in days..
err, eksyen ajer nie..

awwwwwwwww...
waiting for the bus i think
such a lovely couple kan??