Monday, August 18, 2008

memang sakit pun

Aku baru sahaja habis mengemop(is this even a word) lantai ofis. Sesuatu yang aku jarang buat di rumah, melainkan kalau 'the old man' yang suruh, itupun bila dia tengah bingit sakan sebab anak2 perempuan dia malas nak mop rumah. Sebelum tu, aku lap meja2, komputer, kabinet2 yang habuknya boleh tahan jugaklah tebalnya, macam foundation pat muka adik aku no.2. Benda-benda yang tak sepatutnya ada pat studio ni, aku sembunyikan balik dalam store kat belakang. Tapi store tu sudah nak dekat tahap jadi tongkang pecah. Eleh, buat bodoh sua..

Apa? Kau cakap aku rajin? Besok mak tiri(boss) aku balik da, kelam kabut lah aku, terus jadi Maria sekejap. Kalau tak tau siapa Maria, boleh blah. haha.

Semalam aku dipaksa pergi jumpa doktor, memang betul aku sakit. Sakit angau, haha. Malam sabtu tidur aku tak lenyak, sekejap panas, sekejap sejuk. Tak terkira berapa banyak kali aku bangun untuk bukak dan pakai jaket. Rupa-rupanya mak pun tak dapat tidur pasal aku. Jadi pukul 6 lebih dia kejutkan aku yang tidur2 ayam, macam ayam jugaklah posisi tidur aku, dia nak taruk tuala basah pat dahi aku. Ish, aku rasa macam budak 5 tahun pulak. Da besar tua bangka pun mak tolong jelumkan dahi. Aku tak taulah perkataan jelum ni betul ke tak.

Kita pun melawatlah klinik privet yang bersebelahan 7/11 tu. Memandangkan semalam hari minggu, tak banyak orang yang sakit. Aku terfikir sejenak, "apekebendenye pergi doktor hari minggu, bukannye bole dapat mc?" tetapi bila teringatkan muka mak yang penat tu, aku tak jadi lah nak balik rumah. Biasalah, bila masuk bilik doktor akan tanya sakit apa, blah, blah. Suhu badan aku panas giler, boleh goreng nugget dengan hotdog pat dahi aku. Aku belum cuba lagi tapi kalau kau demam panas kau cuba lah. Kol aku kalau misi ni sukses.

Bila dia periksa tekak aku, dia cakap banyak ulcer, bukan saja pat tepi gusi tapi pat tekak jugak. Patutlah sejak hari khamis aku rasa tekak aku pedih giler. Lepas tu, dia tanya aku soalan yang pada aku teramatlah cute sangat.

"Eh, ada ulcer pat tekak awak, tak nampak ke?"

Oi, encik doktor, saya tak ada mata dalam tekak, tolong jangan tanya soalan pandai. Lepas tu dia suruh minum air banyak2 dan kalau sakit2 sendi, datang balik ke klinik, takut demam denggi dah. Mak bilang aku yang doktor tulah yang periksa adik no.2 beberapa bulan yang lepas, agaknya semalam dia tak gaduh dengan bini dia tak? Sebab tu dia baik sangat.

Kadang2 aku terfikir sekejap, english aku ni teruk sangat ke atau aku berbual cepat sangat? Bila aku bilang drebar teksi destinasi yang hendak dituju pagi tadi, orang tua yang sudah separuh abad tu tanya balik kat aku..

"ahh?? dhoby ghaut??"

Aku hairan, The Bayshore dengan Dhoby Ghaut tu sama ke bunyi dia?

No comments: